Archive for » 2008 «
Sebenarnya aku still ada entry untuk aktiviti pindah randah aku dan beberapa entry yang berlaku sebelum pindah randah tuuu… tapi memandangkan hari ni aku bz, dari pukul 7am aku dah keluar umah pergi KLIA, lepas tu balik ofis tuk post entry dalam blog serahkan dokumen yang aku amek kat KLIA, then amek signature & cop dari bank, lepas tu hantar balik dokumen tu ke KLIA… (nanti aku akan post tuk entry ni).
So hari ni aku memang takde masa nak buat entry… Esok cuti..!
Selamat Tahun Baru 2009
Sehingga kita bertemu lagi tahun depan, kay?
![]()
Sekian…!
Ha Ha Ha… tajuk bikin gempak skit… Mesti korang korang dan korang excited buka blog aku bila baca tajuk ni… Kah kah kah
Ni laa rupanya umah aku lepas kena pindah masuk… sib baek laa ada Kak Halimah & the gang.. Aku angkut depa sekali balik umah baru… tapi aku kena janji ngantor depa balik… Ye laa, apa² pun aku memang nak kena pi umah lama balik sebab nak amek anak²… So depa pun apa lagi, express……!!
Kejap betul pindah masuk… Keluar jer lif, terus Kak Halimah & the gang masukkan barang² aku dalam umah.. sib baek umah baru kat tepi lif jer… Barang² besar bangla² lori tu aku angkut.. aku suh masukkan terus dalam bilik, senang!!
Pukul 9.30pm siap semua barang dah angkut… Last sekali almari aku… India tu cakap on the way tapi dia dah mintak duit ngan aku…. Aku kasi ler RM350.. Pastu Kak Halimah & the gang nyakat India tu suh kasi depa duit sebab depa dah tolong angkut sama²… Tedekut punya India, dia bagi RM10 jer… Citt!!
Lepas dah settle, aku bawak depa² pi makan.. Ye laa, takkan terus nak antar balik kaaan, sian ler depa lapor.. aku? aku tak de selera nak makan, penat.. tapi aku order gak kuetiaw tomyam.. amek hati depa, nanti depa segan nak order..
Lepas antar, amek anak²… Pastu menggatal jap ngan papa kat umah catering dia… Kan aku cakap dia tengah merajuk, so sebab tu aku kena test market…!
Dia ajak pi minum² dulu sebelum balik sebab dia dan kami² akan balik berasingan… Minum kat kedai depan umah jer… Kat bawah flat tu plak ada orang boyan tengah kawen… sempat snap gambar depa, tengah menari tarian apa ntah.. jarang orang KL buat camni.. kalo kat Spore banyak laa
Lepas hubby makan, aku balik umah baru… Balik dah penat sangat, tak dan apa²…. anak² pun dah ngantuk, masing² nak tidur… So lepas aku mandi, aku letak ler tilam atas lantai jer dulu.. tidur ler takat mana yang boleh…
Sekian…!
layan gambar dulu…! Aku nak lepaskan entry ni dulu… then lepas ni entry aku tunggang terbalik sebab nak bayor utang minggu lepas takleh nak publish…
27th December, pagi² lagi aku dah bangun packing apa yang patut… Lori arrangement akan datang dalam kul 2pm so aku kena siapkan sebelum tu… Bila dah bungkus, punyalaah banyak barang.. tak tahu muat lori ke tak… Peneng!!
Zulfan malam tu pi tido umah Kak Yatie (x-bbsitter dia)… depa nak melepas rindu kat Zulfan, nanti dah susah nak jumpa.. so pagi Sabtu tu aku rasa susah betul nak harapkan kudrat aku ngan Rahmah jer mengemas, plus Ika plak asyik nak merengek.. So aku mintak tolong Kak Yatie jagakan Ika sekali..
So anak² aku semua post kat umah Kak Yatie, Zikri pun nak menempek sama kat sana… bior ler.. dia ada pun tak membantu.. cuma bila aku perlukan dia pi kedai ke apa ke, aku call dia suh balik.
dalam kul 12++pm, Kak Halimah datang umah.. memang aku awal² lagi dah booked dia kalo dia dah abes nyapu kat bawah, datang ler nolong aku packing kat umah ni.. Dah siap packing, perut pun lapor… Call hubby tanya ada lauk tak yang dia masak tuk function arini, dia cakap takde… dia takde masak tuk lunch arini.. mee goreng & nasi goreng jer ada… (hubby separuh ngajuk ngan aku tu!… nanti aku citer)
pastu aku call Zikri suh balik, nak dia temankan aku beli nasi ayam.. tinggalkan Kak Halimah & Rahmah kat umah abeskan saki baki barang tuk kemas..
dah makan, jam dah dekat pukul 2pm.. Janji ngan lori kul 2pm nak angkut, tiba pukul 2.30pm pun tak sampai² gak lagi.. aku dah cuak.. Call lori, nombor takde dalam perkhidmatan, aaaaarr sudah!!!!
Berpuluh² kali dah call, itu jugak bunyi phone tu… Aku dah cuak.. peluh pun dah kering… Kak Halimah call laki dia tanyakan kalau² ada lori laen.. sebab laki dia selalu sewa lori tuk buang sampah lepas dia repair umah… katanya lori tu esok baru free..
Aku terus heret Kak Halimah pi cari lori.. Kak Halimah ajak pi tanya jiran dia, takde… Last² jumpa nombor lori kat tengah jalan, ada ler 2-3 bijik nombor.. last sekali call tanyakan dia tak free time tu, tapi suh aku call nombor lagi satu…
India, katanya boleh, kul 4.30pm dia leh sampai.. dia suh aku cepat² sms alamat… Dia advise amek lori 3 tan, RM250.. tukang angkat satu kepala RM50 dia kasi 3 orang tapi dia kira RM100… So total semua RM350.. oklaah, set!!
Oppss dalam kul 3++pm, lori yang aku 1st appoint dia tu call, katanya ‘orang’ bunian dia dah sampai ke belum? katanya dia baru balik umah tapi tengok lori ada lagi tersadai.. aku cakap ler takde sampai puuun, aku call dia pun tak dapat²… dia cakap henpon dia takde bateri.. heran!!! tapi sesungguhnya dia call aku pakai nombor yang aku call dia tadi yang takde dalam perkhidmatan tuuuu…! takpelah, lupakan pasal dia sebab aku cakap, dah panggil lori laen…
4.30pm tak sampai, duk call tapi tak sampai² gak.. last, sampai kul 5pm… dia sampai, masuk umah aku terus dia cakap barang aku banyak… tak muat lori dia… tapi dia kata dia bawak lori 5tan.. so kena tambah duit skit…aku punya laa hangeeen…!!
“ni apa cakap belit² ni? tadi awak cakap RM350″
“Betul kak RM350, tapi sekarang barang kak banyak tau!”
“abes, saya nak buat macamana, banyak ke tak banyak, saya dah kasitahu awal²… barang saya dua bilik, satu katil besar, satu katil tingkat, sofa takde, meja makan pun takde, cuma barang² dapur.. saya tak tipu kan… awak yang tipu”
dia nampak cam bengang ngan aku… ceeeh, aku lagi bengang tau!!! mana leh suka² mintak lebih… dia pun awal² lagi dah tanya aku, almari ada? dressing table ada? peti ais ada? mesin basuh ada? dah tuuu apa lagi yang aku tipuuu…?
pastu dia pun suh bangla² dia angkut semua barang turun… Citt!!
Citt citt pun, aku pulak rasa cuak, kut dia hangen, dia dajalkan aku plak.. oppss time tu, kawan² Kak Halimah semua datang jugak, masa tu depa semua baru abes basuh pinggan mangkuk kuali kat umah catering hubby.. depa² pun pakat angkut barang dengan bangla tu.. manyak senang!
aku tinggalkan depa kat atas, aku turun bawah.. aku nampak hubby ada kat bawah ngan Zulfan..
tengok lori, hurrmmmmmmm…… patutlah tak muat… ada sofa L sebijik, ada tilam dunlop single 2 biji, queen sebiji…
Zulfan duk usha² “uuuiiii” dari atas motor.. sian dia.. aku terus angkut dia naek lori.. Merasa gak Zulfan naek lori erkkk….
pastu sempat plak hubby melayan tokey lori ni berborak… India ni laa tokey nya.. dia laa jugak cakap lori yang aku panggil mula² tu tipu… dia jugak laa menipu!! tapi memang dia amek RM350 gak ngan aku sebab aku sound ada sofa & tilam…!
rupanya yang 1st aku call tu bapak dia, bapak dia tak free, kasi nombor dia kat aku… hiks!!
Sekian…!
aku geram… berapa lama internet kat ofis aku takleh nak access… start dari minggu lepas… baru arini dapat access…
so kerana itu laaa blog aku tak ber-update… dah YM aku tak on… jap lagi aku nak update blog… so tunggu…!!!
Sekian…!
dah lama dah dia tag tapi aku memang bz betul duk menggodek web aku ni, so baru arini ada masa nak jenguk blog kawan² kerana kering idea nak memblog…
So aku teringat laa Rasp ada tinggal pesan, dia ada tag aku… saaaaayang Rasp!!
So, aku nak langsaikan hutang aku ni… Rules dia:
1. Sila tempek gambar kawen
2. Date kawen
3. Tag orang laen gak
So ni tuk syarat no. 1
ni tuk syarat no. 2
12.3.2006
ni tuk syarat no. 3
kamu, kamu dan kamu… sila laa buat tag ni yeerrk…..!!
Sekian…!
kalo korang tak perasan, meh aku nak kasitahu….
Aku ada buka page tuk Diapers… kan dulu aku pernah buat entry pasal diapers yang anak² aku pakai… so aku nak share laa keselesaan & penjimatan dengan korang semua… Tokey kedai tu dah deal ngan aku, kalo² aku nak jadi dealer so aku boleh laa dapat harga murah sikit…
So, aku nak ler bagi korang cuba dulu sebelum membeli… So senang²kan laa mouse tu pi klik kat page diapers tu erk.. tengok harga, isi form segala… nanti aku post kan trial pack tuk korang…
kalo korang berkenan, nak membeli… takde penghantara melalui post tau…! so aku akan free kan time aku untuk menghantar ke destinasi terhampir.. maknanya aku boleh ler hantar kalo dalam kawasan Lembah Kelang ni… tapi dengan syarat, korang kena beli more than 3 boxes… baru ler berbaloi ngan kos aku ngantor kaaan…
Aku untung pun tak banyak, ada ler dalam 2-3 hengget jer… dan itu ler kos untuk minyak aku… Selebihnya aku cuma nak kongsi dengan korang, sambil2 leh jumpa korang² jugeeek….
Ini cuma percubaan aku tuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan… kalau maju, aku akan besarkan pasaran ke global… wakakakakakaka berangan!!!
Sekian…!
Pagi² ahad, lambat plak Zulfan & Ika bangun, agaknya lepas geram semalam tak cukup tidur sebab terlampau banyak aktiviti… tapi elok jer diorang bangun, aku kerah Rahmah suh mandikan budak² tu, aku nak buat ekpedisi pembersihan..
maka kitorang pun berangkat ler lepas makan nasi goreng yang aku masak pagi tu.. Bawak baldi, penyapu, mop, penyodok, gayung.
Rahmah sampai jer terus aim bahagian dapur, geram benor dia tengok meja & lantai dapur kotor… aku memang aim bilik, aku nak pasang tikar getah tu… tapi baru aku pasang sekerat bilik, Ika dah memanggil² minta suh layan dia…
Susah laa plak dia nak tidur… puas aku dodoi akhirnya terlelap jugak.. cepat² aku pasang tikar tu… sempat laa 1 bilik, Zikri cakap ada orang datang.. rupanya abang yang repair umah datang ngan bini dia & anak dia… Aku memang rapat ngan Kak Halimah tu, sebab kenal Kak Halimah ler aku upah laki dia repair umah aku. (Very the murah… Kalo korang agak² nak renovate umah, bagitahu aku… nanti aku kasi nombor phone orang tu…) So dia pun tolong sama aku pasang tikar…
Opps, cerita macam tak sama ngan tajuk.. Kekeke, saja aku selit aktiviti pagi sebab aku lupa nak amek gambar…
So pukul 3.30pm kitorang balik. Hubby dah ada kat umah, aku pun dah suruh dia masakkan nasi sebab kitorang dah kebulur… sib baek hubby spare kari ayam yang dia masak tuk function tengahari tu… makan nasi panas dengan kari ayam SAHAJA, pun sodaaaaap!!
Lepas Asar, kitorang kuar.. ari macam nak ujan tapi kitorang berdegil jugek nak kuar sebab nak lepas geram… Bukan senang hubby ada free time macam ni. Tapi memang kitorang bernasib baek… Kat umah baru nak start ujan tapi kat Titiwangsa baru lepas ujan…

Oh, jap…! Kasi aku promote jersey Wipers team softball hubby…. Hubby ni, bukan main puun, dia tahu buat collection jer barang² team dia.. Beli satu tuk aku, so now aku dah ada 2 helai collection jersey diorang.

Kebetulan plak kat tasik ada konsert ntah sapa² nyanyi… kumpulan yang lom jadi artis lagi lah, tapi sedap² lagu yang diorang nyanyi… Pastu layan bebudak maen kat playground baru… Very huge playground and very very very comfortable…

Ni aku nak pecah kaca pecah gelas lubang, gambar ni actually Zulfan dah temberang korang semua… Sebenarnya dia panjat kut depan tu then dia terlentang konon² macam baru slide dari atas…. Dia tahu aku nak amek gambar, sebab tu dia posed camtu…

Yang ni baru dia real slide turun dari atas… So korang leh nampak tak perbezaan realiti & palsu ni?

Jambatan gantung…. syok nya!!! (aku plak yang syok)



See…? The huge playground from Tasik Titiwangsa…..
Sekian…!
After settlekan polish marble kat umah tu, kan aku cakap, aku balik then nunggu hubby abes keje, tak naek umah pun tunggu kat bawah jer… Pastu hubby bawak pi melawat tapak jalan² kat Jaya Jusco baru kat AU2 Keramat…Meriah ko!!

Dari jauh nampak keter penuh kat luar, rupanya keter² semua park tuk pasar malam kat luar tu, suspen!! Pastu masuk parking, free lagi okeh, promotion period lagi kann….
Dan² nak masuk, Ika buat hal nak nenen, jenuh ler depa² nunggu Ika nenen dulu, dah tuuu nak masuk gak pastu nak suh aku selak depan public? Pas nenen, elok jer masuk dalam JJ tu, Ika zzzzzzzzzzzzzzz…. toksah heran laa kan..

Cari makan dulu.. meriah kedai² makan kat situ, macam² ado! tapi kat foodcourt Arena jugeek yang hubby berselera… bagus laa JJ baru, foodcourt ada playground so sambil mak² makan, anak² leh layan main playground.
Aku makan sizzling seafood yee mee, Zikri amek sizzling noodles, Rahmah pulak hubby belikan dia nasi goreng daging apa ntah, hubby sendiri dia makan nasi goreng cantonese..
Pastu Zulfan kan tak cukup tido, makanya dia meragam ler skit time nak makan tu, semua pun dia nak makan… last² jatuh kerusi.. cam biasa, refleksi hubby lembap skit, so aku yang tengah dukung Ika cepat pass Ika ke Rahmah, pastu kaki Ika tersangkut mangkuk ABC aku, tersadung jatuh atas riba Rahmah.. Zulfan yang ala² nak nangis sebab jatuh, maka tak jadi ler dia menangis sebab dia dah kecoh plak hal ABC yang tumpah…. (takde laa plak aku ada mood nak amek gambar masa tu kaaan..)
Aku cam angin satu kepala, tertelan airliur sebab baru semulut aku telan ABC tu. Dah ler sedap cukup manis segala… Bawak Rahmah & heret Zulfan pi toilet yang jauh bagak… Sambil mulut aku bebel² marahkan Zulfan, mencebik² mulut dia sebab kena marah plus ngantuk bagai.. yang aku nak gelak, terkedek² montot dia berjalan dek kena heret ngan aku… Aku sengaja!!
Balik dari toilet, hubby ajak jalan².. so terpaksa laa amek trolley, sumbat Zulfan kat dalam tu then suruh Rahmah tolak untuk cover baju dia yang dah basah lencun tuuu… atas rasa simpati (pun sebab Rahmah tu punyalah takde baju), so aku belikan ler dia baju selai harga RM19.00
sudah shopping on the way nak keluar sebab jam dah dekat pukul 8pm, nampak plak badut tinggi lampai tengah bagi belon kat budak².. Queu punya ler panjang, suruh Zikri beratur. Ntah apa sebab, takde plak si Zulfan ni gerun ngan badut ni… Dulu² masa kecik, dia geram betul kat idung badut sampaikan dia nak cabut idung orang tu, bila dah besar skit, dekat pun dia menjerit… tapi semalam beriya² dia nak dekat ngan orang tu…
tapi tak sempat queu Zikri sampai turn, badut ni dah lempar belon, sapa cepat dia dapat, maka dia hanya tiup belon kat orang yang sempat sambut jer laa… so kitorang berpatah arang berkerat rotan, angkut Zulfan yang nak melalak sebab tak dapat belon… Sungguh kejam badut tu!!

Sekian…!
Aku nak ucapkan kat sini… kalo korang dah tahu aku memblogging, dah tak payah nak bising², tak payah nak perli² okeh….! Kalo suka nak baca, baca jer! Kalo tak suka, aku pun tak pernah suruh korang bukak blog aku ni…..
Lagi satu, apa pun gambar yang aku taruk kat sini, suka hati aku laah, aku punya camera… aku tak pernah cilok gambar² korang kat camera korang ke hapa ker…. bukan jugak gambar bogel tak sopan korang, so tak payah nak perli²… kalo takut aku masukkan gambar korang kat sini, sila elakkan diri dari lensa camera aku, senang kan?
Dah, tak payah kecoh²… aku welcome korang nak baca blog aku ni, pun tak payah bising² sebab aku berblogging, lagi bagus dah aku blog daripada aku maen game jerr… sekurang²nya dapat gak aku menajamkan otak aku ke arah IT & Technology nin…
Sekian…!
Saturday, as usual pagi aku keluar utuk aktiviti tetap aku (jeng jeng jeng…!) lepas tu balik umah, ingat nak lepak jer kat umah Danau Kota sebab pukul 3.30pm orang yang nak polish marble janji nak datang buat servis… pikir² balik ada lagi 3 jam untuk sampai waktu tu, dan henpon aku pun tertinggal kat umah, so baik aku balik jer dulu….
tapi pukul 1.30pm, Ms May tokey tu dah call aku mintak suruh cepatkan appointment sebab budak² dia dah siap keje awal so boleh terus pergi ke Danau Kota… So sebab dengar dia cakap buat cepat siap cepat, so aku pun ok jer laa…
Kesian, aku angkut jugak Zulfan yang baru tidur, Ika, Zikri & Rohmah semua ikut.. hubby pun janji petang nak bawak anak² jalan so aku siap² bawak segala peralatan… ingatkan dari sana bleh laa terus jer keluar jalan² bila hubby dah abes keje..
belum sempat aku sampai, diorang dah sampai dulu… so kena la tunggu aku loh!
sampai jer depa terus start keje, sangat efisen…! aku nak kredit kat diorang ni.. kalo korang nak polish marble kat umah korang, ni aku kasi contact number dia:
Ms. May 016-3330266 – price memang murah!!

Pekerja² tengah sibuk buat divider supaya air polish tu tak masuk ke bilik… Anak² plak sibuk keypo duk nengok cam orang jakun..


polishing.. ada 3 orang buat keje ni

Aku dah kasitahu korang, Ika ni memang kaki tidur, so kat sini pun dia layan hobby dia gak.. sib baek dah beli tikar getah aritu.. so hampar jer kat situ ala kadar, kasi Ika tidur… Aku pun memang bawak bantal kecik 2 biji sebab Zulfan pun tengah ngantuk kan, tapi takdo yer dia tidur kat sana bila dah tengok orang ramai buat keje pelik².
So pukul 5 lebih, semua settle.. memang puas hati! Aku pun angkut balik anak² since hubby pun lom siap keje sepenuhnya… Sampai umah, aku tak naek, just tunggu kat bawah…
(aku sebenarnya dah kering idea dek menunggu gambar² ni di upload, lambat sangat… so maafkan aku merepek meraban cerita macam tak complete… aku geram, aku publish dulu cerita, nanti dah siap aku upload gambar, aku just tambah jer kat sini)
Sekian…!
This is my own blog… really really really my own blog.. Welcome!!!!
Masih baru, masih dalam pembelajaran mengenali fungsi dan gadget² yang ada… So harap mendapat penerimaan yang sebaik² dari kawan² aku yang dikasihi…
Harap dengan blog baru aku ni, aku akan mendapat lebih ramai kawan !!! Apapun, otak aku tengah blur dek mengkerjakan menda ni dari pagi lagi… so give a rest…!
























Hot Comments