Thank you SQS Resources… supplier cartridge office kami…
kami ni jarang bekerjasama dengan company cina, so inilah satu2 nya kotak limau yang kami terima tetiap tahun baru cina… jadi sedikit jakun di sitewww… sila jangan menjengkel..
Those my Chinese friend,
Happy Chinese New Year….!
Dapat email ni…
Sapa yang tak dapat baca kat sini, nak tahu kisah lanjut, bak sini mai email korang, aku forward kat korang nanti..
Tapi sungguh² aku bersyukur sebab dapat si Rohmah as my maid… Anak² aku pun sayang sangat kat dia especially Ika laa kan.. kadang sampai tersasul nak panggil aku tapi terpanggil kakak dek terlalu kerap sangat duk kakak kakak kakak kat umah tu…[tapi muka pandang aku]
Dia pun rasanya memang sayang sangat laa kat Ika tu sampaikan nak balik cuti pun sayang nak tinggalkan Ika.. sudahnya tak bercuti langsung si Rohmah ni.. [bukan aku yang tak kasi yaaaa]
Dia bercuti 3 bulan sekali, tu pun tak mahu lama²… tidur semalam umah makcik dia pun dah cukup laaah…
Ini pun, dari cuti raya haji aritu sampai skang belum balik cuti lagi, sampaikan kami lak risau, terpaksa pelawa dia nak balik ke tak puuuun dia tak mahu…
Nanti kalau saya nak cuti, saya cakaplah…
Katanya….
Tapi dalam baik² dia tu, biasalah ada gak kelemahan dia.. terutamanya bab² blur… kadang datang hari blur dia, naik gak angin aku tapi aku tak sampai hati nak marah sangat, takat rengus2 jerk… naik kesian plak bila aku marah² dia sebab dia diam tak menjawab….
Tahun ni, hubby nak naikkan gaji dia sempena dah setahun keje ngan kami… Terima kasih yaa Rohmah sebab tolong jaga anak² dan rumah kami….
Kejadian adalah subuh hari tadi… Kami laki bini duk argue pasal duit..
Abang nak buat bayar roadtax dulu, faham tak?
Taak.. ~ tiba-tiba Ika menjawab.
Bersembur kami bantai gelak… dalam tidur pun boleh menyampuk orang tua bercakap ker…??
Dengar kami gelak, dia yang tengah mamai terus terjaga.. nak cover malu punya pasai, dia sengih² macam kerang busuk….
Terus mak pak dia tak jadi mencakau harimau… ngeh ngeh ngeh… selamat aku dari kena marah ngan hubby….
Cerita pasal Ika, skang ni hampir tiap2 malam dia bangun sendiri panjat katil… aku ingatkan hubby yang angkat dia naik atas bila dia nangis tengah malam, rupanya tidak…
Hubby sendiri tak sedar bila dia panjat katil..
Tengah malam nak peluk bini, tiba2 ada plak budak kenit ni kat tengah²… kata hubby laaah..
Yang tak syiook nya, memang port dia tengah² antara kami… dah dekat seminggu dah gini, aiseymaaan tak boleh jadi!
Ika…! Gi tidur bawah..
Nanaaaaak…!!
Terus palingkan muka dengan muncung sedepa…!
rupanya, ada lagi hadiah tuk dak Zulfan ni…
Pemberian last minute dari AyahSu & MokSu..
So surprise… apa agaknya kat dalam tu erk….
Mama, ukak laaa….
Yeaaa…. ada Enten… [Ben10]
Waaaah pandainya MokSu & AyahSu beli hadiah tuk Zulfan.. thank you MokSu & AyahSu…..!
Awat parkinson? kekekeke…
Hubby yang excited suh amek gambar dari awal sampai lah akhir.. siap suh Zulfan gayakan adiah tu semata2 nak suh aku amek gambar…
aikkk, terlebih sudah! Sapa blogger ni, dia ke aku..? ngeh ngeh ngeh!
Sebelum keluar rumah tadi tak rasa lapar… So takde sediakan apa2 tuk breakfast, takat minum air teh 2 gelas…
Datang ofis, tetiba plak rasa lapar.. nak turun membeli rasa malas laa pulak.. huhuhuhu
Weekend lepas adalah weekend yang mencabar kesabaran aku pada Zulfan… sejak dua menjak dia dah pandai main game thru my old handphone, sangatlah geram tiapkali dia tak dapat nak bukak satu satu game, then dia akan meraung suh aku tolong dia… tak kira apa pun yang aku sedang buat!!
Kalau nak menderma pun tak mampu, apakata korang tolong iklankan kempen membantu Ammar ni… [Tapi kalau dah menderma, then nak jugak tolong kempen ni, lagi bagus laa kan?]
Cara dia senang jer…
sebagai nuffnangers, korang boleh tukarkan ads korang yang kosong tu, kenapa pahala membantu Ammar tanpa menjejaskan peluang korang mempamir iklan terpilih dari Nuffnang..
maksudnya, kempen ini hanya akan keluar bila tak ada iklan kat blog korang.. contohnya, kat header tu selalu jer kosong kan, so akan keluarlah kempen ni kat situ… manakala kat sidebar tu tetap akan keluar iklan seperti biasa..
Camana nak setting?
1) Log in ke akaun Nuffnang dan masuk ke Blog Manager…
2) Pilih Charity Ads kat blog list korang.. [selalunya kat situ 'terpilih' Global CPC ads ataupun Defaults Ads...
3) Automatic dia akan terus setting kat blog korang...
4) View blog....
tapi kat sini tetap ada....
apabila ia sepatutnya ada....
Jadi tak payahlah korang risau kalau keluar kempen adik Ammar ni akan menjejaskan pendapatan iklan korang... no no no! korang silap...
Bila sepatutnya keluar iklan kat situ, tetap lah ia akan keluar tapi yang tak keluar iklan, barulah akan keluar kempen adik Ammar ni...
Tapi jangan salah paham plak, kempen adik Ammar ni adalah seikhlas hati, korang tak dapat duit pun kalau ada orang klik kat situ.. anggaplah itu urusan korang ngan Allah jer... [bahagia
]
**aku dah settingkan jugak kempen ni kat dalam blog mak aku… asyik kosong jer iklan dia, biarlah berseri skit dengan adanya kempen ni….
Tak sangka, dulunya aku lah salah seorang pembaca blog ibu Ammar tapi memang dah lama dia tak berblog…
Dulu, aku tak tahu apa sebenarnya penyakit Ammar tapi aku tahu Ammar insan istimewa, tak sama dengan kanak2 biasa seperti anak2 kita…
Tak sangka, sebenarnya Ammar amat memerlukan perhatian yang secukupnya dari kita semua.. Bukan dari ibubapanya sahaja, tapi dari kita semua, blogger2 Malaysia…
Bagi aku yang sudah mempunya anak, amatlah sensitif dengan isu ini, bayangkan jika ujian ini Allah turunkan padaku, subhanallah mintak dijauhkan tapi itulah yang terjadi kepada ibubapa Ammar… semoga mereka dikurniakan semangat yang kental!
Untuk mengubati penyakitnya ini, Ammar perlu menjalani pembedahan yang memerlukan lingkungan RM15,000 bagi menampung kos ini… banyak tuu…..
Pembedahannya dah dijadualkan pada 22 Februari 2010 dan tarikh akhir untuk pengumpulan dana ini akan berakhir pada tengahmalam, 17 Februari 2010.
Asmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank)
Kalau lah korang juga Allah kurniakan hati yang sensitif dan prihatin, sudi2 lah korang hulurkan bantuan untuk pembedahan Ammar walaupun RM10, cukup membantu…
klik sini tuk blog ibu Ammar… ketahui cerita2 tentang kesihatan Ammar…
Yer kawan2… seperti yang korang tengok masa entry Why I Like It Longer, batu loncatan landasan aku adalah si Zulfan ni laaa…
dan masa dia konon2 tak sampai nak ambil botol susu tu, dia siap cakap eiiih tak ampaaaii… sebijik macam aku suruh, supaya penghayatan dia lebih mendalam.. hahaha
Suruh tidur masa bukan waktu tidur, siang hari buta, siap berselimut pulak tu, manalah budak ni mahu… dipaksa2 pejamkan mata.. ngeh ngeh ngeh…
cuak jer aku nak kuarkan khazanah selimut dia tu yang dah lama bersemadi.. lepas shooting, cepat2 aku sorokkan balik selimut busyuk dia tu.. risau beb, kang berbusyuk balik, tak pasal2 LG nak tanggung?
Sibuk jer nak berpeace… rosak rancangan mama nak tunjukkan si anak ni kecewa sebab dapat tuala pendek…
Masalah kritikal, melibatkan hati dan jiwa…
Masalah parking kat office aku ni makin kritikal, nak nak semenjak ‘kehadiran’ Wangsa Walk ni…
Yang nak masuk Wangsa Walk pun, menyibuk gak nak parking kat office aku, apa salahnya masuk kat parking Wangsa Walk tu, awat kedekut nak bayar parking ke??
Hasilnya…. yang keje kat sini tak kecukupan parking, ditambah lagi yang tak bekerja kat sini [Wangsa Walk punya pengunjung laa]
Kebelakangan ni, anggota polis buat keje saman menyaman… hasilnya, 2 kes kecurian stereng kereta berlaku di puncak bukit di hujung lot bangunan office kami… [tak paham kenapa? sebab takut kena saman, so kami terpaksa parking ke puncak bukit yang sunyi]
Kecurian terus berlaku, saman juga tetap diteruskan…
Sibuk2 nak saman kereta orang, bukan sibuk2 nak memantau kes kecurian atas bukit nuuun…!!
mereka saman sebab kereta letak double park kat belakang kereta orang… Dah memang adat kat sini, letak belakang kereta orang, tinggalkan nombor telefon, bila orang nak kuar, depa akan call…
memanglah mengganggu sedikit lalulintas tapi memang kami tiada pilihan melainkan menyerahkan kereta kepada si pencuri kereta yang berleluasa nun di atas bukit…
Masa memula office ni dibuka, budak ofis aku hilang kereta iswara, parking kat puncak bukit.. sejak dari itu, kami phobia.. justeru itu, timbullah edisi parking kat belakang bontot kereta ni.. biasanya kami akan parking kat belakang kereta kawan2 ofis kami..
Tak lama lepas tu, budak ofis kami yang lagi sorang plak, kehilangan tayar & sport rim satria neo kesayangannya… pangkal bukit jer, puuuuun boleh buat keje gak… CCTV ada, tapi tak sampai ke pangkal bukit sana… so gagal dikesan!
Aku pun buat edisi siasat.. Call pejabat polis sebab tak puashati kes saman tiap2 hari ni.. apa kes?
"Kami hanya menjalankan tugas.. Ini kawasan DBKL" Sangat tidak mesra, seolah2 meminta aku segera menamatkan perbualan.
Aku call DBKL, bahagian kaunseling.. Oh, terlebih mesra.. walaupun tak jumpa jalan penyelesaian, tetapi aku tetap puashati sebab dapat meluahkan perasaan yang serba salah, tak ketahuan, tak tahu apa yang perlu dibuat..
kalau bernasib baik, kereta dapat masuk ke parking.. kalau nasib tak baik, parking pun penuh, atas bukit berisiko, belakang kereta kena saman…. APA KORANG NAK BUATTTT????
Dan yang pasti, kes saman menyaman ni takde kena mengena langsung dengan DBKL!!
"Kami ada pegawai penguatkuasa kami sendiri, kalau kami nak saman, kami takkan suruh polis yang saman" Ada logiknya.
SOMEONE [SOMEBODY?] PLEASE HELP US…..!!!
Aku sebenarnya tengah menunggu satu jemputan tapi sampai skang tak dapat² lagi…
Sepatutnya, hari ni lah last jemputan tu diedarkan, tapi duk refresh email 100x tak jugek keluar email dari mereka….
Penat dah buat entry ni…. [penat sangat ker?] hurmmm…
Harap² aku duk dalam waiting list… dan ada ler orang yang reject invitation tu dan ganti ngan aku.. huhuhuhu
Lama ni tak tengok wayang… [tapi nak tengok wayang FREE]
Macam biasa, aku nak supply wallpaper kat korang.. jemput ambil….
ps: malas ler nak buat draft entry semalam…. so hari ni, korang jamu mata dengan entry merapeek meraban aku dah laa yaaa…..
Cuci² mata… tengok gambar ni… tumpang bahagia….. Tetiba anak dia jadi ramai.. seronoknya, takyah susah payah beranak….
Rasa rindu kat dia…. apa khabar kau sekarang?
Pastu, tangan gatai klik kat “In the photo” tu.. jangan salah sangka ya, sajer buang² masa…
Tiba²
Aikk, kenapa si Yatie ni ada kat sini… siasat kat Yatie, tak dapat jawapan… so tangan yang gatal ni terus jer tekan², kut lah boleh jumpa sendiri jawapan tu…. [yatie pun dapat banyak anak segera jugak.. untungnya korang…!]
Jumpa gambar ni… yang komen tu, ayahnya sama nama..… mesti adik beradik dia… oh, mungkin jawapan ada kat sini… so aku pun klik plak kat si pengomen tu….
Lagi dasyaaaaaat!!!
Mutual Friends ada 3… Semua tu sepupu sepapat aku…. adakah kita bersaudara…??
Tengok2 nama kat online, Farezi ada.. pi terjah dia.. di samping tu, si Yatie pun menjawab jugak soalan aku…
Kawan sepejabat… Dulu dia keje kat Air Asia, skang dah berenti, kata Yatie.
Kata Farezi pulak, bukan kawan sekerja tapi kawan…. [Farezi plak keje ngan MAS]
Yang si Fazrin tu buat apa plak kat situ…? Yang tu aku belum tanya, tapi pelik laa minah Spore ni takkan tetiba plak berkawan dengan kawan² Faremi & Farezi…
Walauapapun jawapan mereka……. Kecik kan dunia…??
Pepagi mengharung jem pi MINDEF dari umah…
Kat dalam GPS takde jumpa MINDEF, tapi Affin Bank @ Mindef ada plak… [Eh, bukan tak tahu jalan nak pergi MINDEF, tapi sajer jer on GPS nak bagi aktif]
Turun naik lif pi 3 tempat jumpa pegawai, elok jer masing² ada kat tempat masing².. tapi yang bukan pegawai ni plak, pagi² dah hilang.. terpaksa aku tunggu…. Hehehehe
Good good arrr main PC tu… share2 sama banyak, sama rata… jangan bagi punoh!! Nangis mama nanti…. sebab PC tu tuk abang belajar….
Aku baru dapat berita BEKAS kawan baik aku ni nak berkahwin tak lama lagi… [bukanlah baik sangat pun, dia cari aku bila kesempitan jer.. bila dah habis kawan2 dia tak boleh tolong dia, baru dia cari aku.. well, aku ni kan baik hati.. dah tahu macam tu, aku tolong jugak takat mana mampu]
Tahniah sebab berjaya menamatkan zaman janda nya dengan begitu cepat sekali… Tak ler merana cam aku ni, menjanda hampir 10 tahun….
Tapi kenapa kau nak kena kawen dengan laki orang…?
Okeh laaa, laki orang dan kau plak janda, MAYBE boleh diterima dan dimaafkan… kalau tak boleh terima, takkan lah Allah wujudkan bermadu sampai 4 kaaan…?
Tapi kenapa kau nak kawen dengan lelaki yang isterinya tengah sarat mengandungkan anak mereka yang ke-3????
Kenapa?
Aku tak puashati betul lah….!!
Cara kau, gedik kau memang dah lama tak bertempat.. dengan laki aku pun kau nak menggedik, kaaan… tapi aku sabar, sebab aku tahu, laki aku ‘kuat imannya’…. alhamdulillah, laki aku tak tergoda dengan kegedikkan engkau tu… [dalam hati dia, mana aku tahu] tapi tetap bersyukur sebab laki aku ‘terselamat’…
Tapi kau tak serik ker…? dulu kau kawen dengan bekas laki kau pun kau ambil laki orang, sampai dia ceraikan bini dia.. ok, kes tu memang bekas laki kau terkenal dengan gatal miang…
Dah jadi macam ni, kau cari lagi laki orang, kenapa? Sebab dia kaya, banyak duit… kau tepuk dada tanya selera…
Pagi ni kelam kelibut…
Niat petang semalam, pagi ni dari umah terus ke LHDN Wangsa Maju sebab nak cop setem hasil kat tenant agreement office…
Tup tup baru sedar, semalam lenggang kangkung balik dari ofis, tertinggal aggreement tu.. so pepagi dah sampai ofis ambil balik agreement tu, patah balik ke LHDN Wangsa Maju.. sib baik dekat jer…
Pastu sampai office, kelam kelibut plak sediakan semua dokumen needed tuk submit Status Bumiputera kat Kementerian Kewangan.. Kebetulan collogue aku pun nak ke Kementerian Kewangan Putrajaya jugak, so kirim sekali kat dia… Tak payah 2-3 kali pergi… Kang banyak kali claim, boss bising plak
Dah siap semua, lega….!!
Tengahari ni ada meeting kat ofis ni yang tak bersangkut paut dengan admin department.. Tapi bila namanya ada meeting yang involve ‘orang luar’ ni, sudah tentulah ada makan2…
Yang ada 4 orang, tapi haruslah kena order makan tuk 20 orang.. ngeh ngeh ngeh…. Seperti biasa, air tangan hubby jugak yang bebudak ofis ni suka… Briyani oh briyani… uummmmhhh…!!
dah lama tak makan kat sini… petang Isnin lepas balik dari Ulu Yam, tidur2 seround, malamnya lepas maghrib pi Alpha Angel..
Dibelanja oleh aku… [duit bonus]
Rentetan dari entry ini, inilah hasilnya budak yang baru bangun tidur….
sangat plastik senyuman hubby ni… dia skang ni tak berani dah nak amek gambar muka masam, sebab si Zulfan asyik komen pasal muka dia tak senyum tuuu….
Kami amik menu tuk 4 orang RM59.90 cukup lah makan kami anak beranak, terlebih2 lagi ada ler.. sampai tak larat nak telan….
tahan peruttt…. keh keh keh keh
![]()
Sejuk mata dan perut aku tengok cara si Zikri melayan Ika ni.. memang Ika pun manja sangat2 ngan Zikri, suka panjat2 gurau2 ngan Zikri… jaga adik elok2 sampai besar ya…..
Si Zikri kan nak UPSR tahun ni.. menggagau laa aku cari altenatif tuk dia belajar.. nak antar tuition aku tak mampu memandangkan tuition tu pun kita tak tahu cikgu tu bertauliah ke idak ke.. mahal pun dah tentulah mahal…
Satu subject RM50 sebulan, kali dengan 5 subject dah berapa…?
Faktor masa pun jadi penyebab.. tak larat laa weiiih aku balik keje nak masak lepas tu nak antor dia pi tuition lepas tu nak kena angkut dia balik lagi…
Kebetulan, budak ofis aku kenalkan aku dengan Program Online Score A ni… latih tubi dengan online, dengan pengawasan ibubapa yang minima…
Kat situ ada Online Demo, kalau korang nak try korang leh klik kat Demo tu masukkan demo ID 82828
setiap apa yang anak kita jawab, kita dapat tahu… betul atau salah, berapa kali jawab baru dapat jawapan betul so dari situ kita dapat tahu dia tembak jer ke atau dia betul2 pikir sebelum jawab…
Tengok jawapan tembak aku… dah keluar apa yang aku jawab salah, berapa kali jawab baru betul…
Ini plak eNotes yang korang leh tengok kat soalan atas tu, tepi sebelah kanan… anak2 boleh refer kat eNotes ni in case depa lupa apakah fungsi number ke hapa ke hapa jer laaa… semua subject pun ada eNotes ni….
ini adalah program2 yang ada dalam webportal anak2 kita… eTopic adalah topik dalam setiap matapelajaran.. contohnya Math, dalam topic nombor perpuluhan atau pun Bahasa Melayu dalam topik Tatabahasa… sama juga dengan semua subject…
Macam tu jugak dalam eAssessment, eTrial Exam dan ePast Year Exam…
basically, semua subject ada… dari darjah 1 hinggalah ke tingkatan 5.. yet akan ada plak tuk kindergarden.. now tengah 70% pembinaan webportal tuuu…
- Standard 1 to 3
- Standard 4 to 6
- Form 1 to 3
- Form 4 to 5
Mari kita intai parents punya portal plak…
Boleh select nama anak yang mana korang nak cek report card depa.. kalau 10 anak ko register ngan score A, 10 anak laa listed kat situ… [10 anak pun satu kali bayar jer... jimat!!]
Aku dapat tahu apa yang Zikri buat, berapa topic dia buat hari tu, apa subject yang dia buat, berapa masa yang dia ambil tuk jawab test tu…
skang ni schedule Zikri, lepas balik sekolah, pukul 3pm buka Score A buat latih tubi sampai pukul 5pm…
from my office, aku boleh buka parent’s portal, boleh tengok apa yang dia dah buat sepanjang waktu tu.. ataupun boleh juga aku request tuk SMS report.. setiap kali dia abiskan satu test, aku akan received SMS inform score dia tuk test tu, berapa soalan salah, berapa masa dia ambil tuk jawab test tu…
But since aku ada internet access kat office, aku tak payah terima SMS tu, anytime jer aku boleh bukak parent’s portal tuk cek Zikri..
Ini report tuk Zikri… Bahasa Melayu, dia buat tuk Standard 6 average score dia 90.49% 12 kali test… tuk UPSR, anak2 boleh access Standard 4 to 6.. so maknanya aku boleh suruh Zikri reverse balik buat exercise Standard 4 kasi refresh skit otak dia…
Macam subject Math ni.. ada topic yang dia belum belajar dalam Standard 6, aku nak ajar pun tak berapa nak sabar jadi cikgu so aku suh dia buat Standard 4 punya latih tubi…
Ini summary yang dia buat Math tuk standard 4… nampak kat situ topik apa yang dia buat, paper set apa, score dia, time taken..
Dari sini jugak kita boleh detect topic apa yang anak2 kita lemah dalam subject tu… contoh macam si Zikri ni laa erk… topic Mass dan Time banyak dia dapat 80% jer.. so as parent, kita kena tekankan dia pada topic tu… banyak kan lagi exercise berkaitan topic yang dia lemah tu…
Dan as parent kita leh review wrong answer yang dia dah jawab…
Soalan nombor satu dia jawab salah but after 1st tried, dia jawab betul.. so boleh dimaafkan… kita nasihat skit supaya dia lebih berhati2 dan banyak kali pikir bila nak jawab soalan…. [ye laa tu aku nasihat.. keh keh keh] ~ tak reti weiih nak lembut2.. kalau aku jadi cikgu, mahunya semua anak murid aku antor surat resign.. hahahaha
So, ok.. cukup tak penjelasan aku pasal WebEducation ni…? kalau tak cukup, kita leh buat live demo, hokeh.. no problemo…!
Now kita cakap pasal harganya pula… tak mahal tapi cukup membuatkan sesak nafas untuk seberapa ketika…
Tapi bila difikirkan untuk jangkamasa yang panjang, cukuuuuuup lah muraaah, terlebih murah kalau kita ada anak yang ramai, buleh pakai2 guna dengan harga yang sama….
Pakej RM1788 perlu dibayar sekaligus, even cash or credit card doesn’t matter tapi kegunaannya adalah selama 30 bulan yakni 2 tahun setengah… sangat berbaloi kan?
Yerrr, aku paham… susah nak ada duit sedebuk ribu riban gitu… bak kata orang2 lama, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih…
Sebab aku ni tak berduit nak kuarkan tetiap bulan beratus2 kat tuition Zikri, so aku tarik napas panjang2, kuarkan duit ASB bebudak tu buat investment kat Score A ni…
Tapi jangan risau.. bak pesan mak, walaupun duit anak2, pinjam tetap pinjam, ibubapa tetap kena amanah… dan Score A ada caranya…
Kawan2, marilah kita dedahkan anak2 dengan pelajaran zaman IT dan teknologi… didiklah anak2 dari mula… aku nyesal sebab dapat tahu pasal benda ni lambat.. Zikri dah nak exam sesangat dah.. tapi nasib baik lah belum terlambat… kalau tak sempat tahun ni, maybe dia boleh score tuk PMR dia nanti…
Pokoknya, aku memang akan continue Score A ni selagi aku rasa benda ni sangat praktikal… daripada aku duk abis duit beli buku latihan banyak2, pastu aku takde masa nak semak buku2 tu, baik laa aku serahkan pelajaran Zikri pada Score A.. aku semak jer apa resultnya….
Kalau ada sesapa yang berminat nak tahu lebih lanjut, aku boleh terangkan dengan lebih detail, I PROMISE tiada paksaan macam jual baju dalam ke, ubat langsing ke, penapis air ker..
TIADA PAKSAAN, kalau suka, korang leh timbang2 kan, kalau tak suka korang boleh say bye bye…
Dengan bayaran sebanyak RM70, dari pukul 8.30am to 7pm, makan minum siap disponsor….
Aku gagahkan diri tuk dimotivasikan, dicuci akal dan fikiran, alhamdulillah…. ternampak sedikit cahaya yang menanti di hadapan…
Tuan Aziz Jutawan.. itu aku gelarkan pada beliau walaupun beliau tak habis2 membahasakan dirinya ’saya’ dan orang2 terdekat hanya memanggil beliau Encik Aziz sahaja….
Very down to earth.. keperitan hidup yang pernah beliau lalui dijadikan landasan tuk memotivasikan orang lain… Aku kagum!!
Cadangnya nak pergi berempat, last minute yang sorang sebelah aku ni ada hal perasaan plak, tak jadi pergi.. But early in the morning dia tukar fikiran, alhamdulillah…
But last minute lagi sorang cakap tak boleh datang, sedara husband meninggal so diorang terpaksa ke N9…
Lagi sorang plak cakap lambat sebab bos ‘ganggu’ last minute… dari pagi membawak ke tengahari membawak ke petang last terus cancel… huhuhuhuhu rugi RM140 tawwww….!
dewan memang penuh dengan para hadirin lebih kurang 300 orang, cuma ada berapa biji kerusi kosong, maybe kes cam member2 aku, tak boleh datang last minute..
![]()
Sebenarnya ada kisah disebalik hari Sabtu lepas.. gigih bangun pagi redah jalanraya pergi ke Bandar Tasik Selatan, ingatkan motivasi buat kat sana…
Tup tup sampai sana, tempat kosong.. aku call kawan aku yang arrangekan motivasi ni… dia semak balik sms, baru perasan tempat tu kat Dewan Muzium Negara.. so lari pecut ler aku ke Muzium Negara plak.. sampai sana dah pukul 9.30am.. lewat sejam!
Nak wat cemana, dah takdir aku nak rugi sejam kat situ…
Dan kerana motivasi ni jugak lah menjadi penyebab kenapa seorang ibu tak hadir ke majlis harijadi anaknya…
Dah 2 hari datang keje tak pakai jam tangan.. tak tahu ler mana aku letak…
Last aku confirm pakai jam ari Sabtu ler, lepas tu balik singgah umah MIL, aku lupa laa plak simpan kat mana masa nak solat….
Ahad aku tak ke mana2, so rasanya tak peduli pasal jam…
Isnin kami ke Ulu Yam, hilang ingatan tak pasti aku pakai jam ke tak, yang pasti balik dari Ulu Yam tangan aku ‘kosong’….
Ker aku tanggalkan kat Ulu Yam, pastu dah tercicir… rezeki ko laa Ulu Yam…. atau tertinggal kat umah MIL, tapi diaaam jer MIL tak cakap ada jumpa jam ke hapa ker….
Jam tu hubby hadiahkan tuk burfday aku tahun 2007… huhuhuhuhu….
Yaaaaang, nak jam baru..! [tetiba plak jadi ‘Yang’]
Sila nyanyi cam lagu zaman 70′an tuu… hahahahaha
Oh, time ni Ika rendah lagi memanjat sebab aku terkejut so aku jerkah dia.. mencicit2 dia turun.. cuma Zulfan ada sedikit kedegilan skang ni, apa orang marah dia tak mau dengar….
Maaf kualiti gambar mmg gelap…
Macam dapat ilham dari mimpi, celik jer biji mata, hubby cakap dia nak pi Ulu Yam… pelik kan?
Memang takde warning2 puun, memang celik biji mata terus dia ajak… sib baik makanan semua dia nak sediakan.. aku sediakan badan jer…!
Aku suka ke mari… sebab airnya cetek, sesuai tuk anak2 mandi dengan pengawasan yang kurang….
![]()
Dah lama beli khemah ni, tapi baru sekarang ada chance nak pakai…
Pandanglah lihatlaaah….. gadis kampung seeeeh… pakai kain batik mandi kat sungai.. ahaks!!!
Memula ingat tak nak sentuh langsung air tu.. dan kain batik tu memang aku spare bawak kut2 laa takde tempat nak pasang khemah, so boleh pakai kain batik masa budak2 nak tukar baju nanti [termasuk lah bapak budak]… sekali…………………. tak tahan godaan beb!!!
![]()
Ika tak suka sejuuuk… so kejap jer dia berendam kat dalam air tu..
![]()
So kami melepak jer lah dalam khemah.. indahnya….!!!
Inilah akibatnya kalau orang lain dah tidur bangun tidur bangun tapi dia tak mau gak tidur2 lagi….
Last2, sambil makan biji mempelam lemak, sedar2 ajer dah menunggeng macam tu….
huhuhuhuhu….
Bukan anak yang kejam, bukan juga ‘ibu itu’ yang kejam, tapi ’suami itu’ yang kejam sebab katanya, kalau tunda hari lain, tak ada orang yang datang…
Bermakna, biarlah ibu kepada anak itu tak dapat datang, asalkan pakcik makcik dan sepupu sepapat anak2 itu dapat datang… bunyinya sangat kejam kan? Tapi apa aku boleh buat, buat2 pasrah!!
Titipkan sahaja camera, pengubat duka…..
Haii lah papa… mana lagi sepupu sepapat yang lain…? Takkan Miza sorang jer yang ada kot?
Ada Secret Recipe Manggo, Spageti, Roti Jala, KFC dll.. [dll tu maknanya benda yang aku tak nampak laaah]
Sejak dua menjak ni, tidur malam aku tak lena laa… [tapi kalau tidur siang, lenaaaaaaaaaaaaa….]
Ada sebab kenapa aku tak lena…
Aku ni, kalau ada apa2 yang aku nak buat, selagi tak buat, selagi tu laa aku duk terpikir pasal benda tu.. nak tidur pun duk terpikir benda tu… keadaan ni akan berlaku samada waktu aku nak tidur, ataupun aku terjaga awal pagi, then terus tak boleh nak tidur…
Benda ni, lambat laung akan aku kongsikan jugak kat sini, cuma belum cukup masanya lagi… [Ilmu belum penuh di dada]
Susah nak percaya, tapi itulah hakikatnya… bukan senang mau senang, bukan susah mau susah, yang penting kena usaha.. Tang berusaha tu lah, aku rasa macam aku bermimpi… Dan perasaan takut bermimpi tu buatkan aku rasa semua ni igauan di siang hari, mustahil untuk aku tempuhi… [eh, kenapa tiba2 aku buat ayat skema ni…?]
Suatu petang, seperti biasa jika ada kelapangan, aku dan suami akan membawa anak2 keluar berjalan2 ke taman permainanan…
Yer, sangat seronok bila kita dapat melihat anak2 gembira dan riang ketawa kerana dapat lepas bebas bermain di luar dengan udara yang nyaman kerana mereka sudah jemu terperuk dirumah 5 hari seminggu setiap hari kerana aku dan suami sibuk bekerja.
Tetapi, sangat menjengkelkan apabila sedang kita seronok bergembira, diganggu oleh Mr. Boss yang memang tidak peduli apapun yang sedang kita lakukan.. Grrrrrrrrrrrr!!!
Jika dulu, setiap kali Mr. Bos mengganggu hari bersama keluargaku, kami terpaksa berhenti berseronok dan anak2 terpaksa mengikut aku mencari access internet samada di pejabat atau pulang semula ke rumah semata2 untuk menempah tiket penerbangan beliau!!!!
[nangis anak2] huhuhuhuhu
Tapi sekarang aku tak risau lagi, kerana kini aku sudah mempunyai flymas.mobi…. dengan hanya beberapa saat, aku sudah dapat menjalankan tanggungjawab aku sebagai pekerja tanpa perlu mengorbankan masa anak2!!!
Jom sama2 kita belajar cara2 menempah tiket dengan mudah, semudah 1,2,3 dengan flymas.mobi
1) Log in flymas.mobi, klik ke Book Flight.. (peringatan: boleh pilih Bahasa Melayu atau English)
2) Setelah memilih destinasi, tarikh untuk berlepas, kelas penerbangan dan berapa jumlah penumpang, sila tekan butang BOOK
4)Sila beri perhatian kepada tambang murah yang tersenarai mengikut waktu2 tertentu… [Jimat!!]
5) Setelah kenalpasti jadual penerbangan yang dipilih adalah betul dan tepat, sila tekan butang PURCHASE untuk terus membuat pembayaran.
6) Anda diminta mengisi maklumat penumpang. Tekan butang CONFIRM jika anda sudah pasti dengan segala maklumat yang diberikan
7) Harga perlu dibayar telah tertera.. Isikan pula maklumat kad kredit untuk membuat pembayaran pada tiket yang telah ditempah.
8) Anda boleh menyemak semula segala maklumat tempahan di FLIGHT STATUS bagi yang telah membuat pembayaran atau tekan butang MY BOOKING bagi yang memilih butang HOLD sewaktu tempahan tadi.
Segala tempahan, pembayaran menjadi lebih mudah dengan flymas.mobi, semudah bermain dengan anak2….!!!
Selamat pagi!
Pagi betul aku bersiaran hari2 minggu gini kaaan? Sebab ada info pentinglah kena sampaikan kat korang…! Dapat info pun petang semalam dah suntuk sangat….
Memang tiap2 tahun Karangkraf buat karnival jualan majalah, buku, novel dan segala macam mak nenek terbitan Kumpulan Karangkraf…
Tahun ni, karnival diadakan pada 29 January (Sabtu) hingga 2 February 2010 (Selasa) bertempat di Perkarangan Komplek Kumpulan Karangkraf…
Hai pencinta buku…… sila2 lapangkan masa menjenguk ke sana! ![]()
Banyak lagi aktiviti2 lain yang disediakan.. jualan buku pun dapat murah2 lelong lelong lelong…
Kalau ada pertanyaan, boleh bertanya di sini:
Atau boleh terus lawat website karnival ni….
**Zumy, aku dah tolong promote ni, takdok tips ker… hek hek hek
Oh ya, teringin aku nak pi tapi arini aku ada full scheduled… sehari suntuk menghabiskan masa di Bandar Tasik Selatan sana nun, ada urusan hidup…
[ini schedule entry, waktu ni aku senang sibuk menelaah cara2 nak jadi kaya]
Oh ya lagi, petang ni hubby ada buat small party tuk burfday Zulfan kat umah MIL.. (panggey adik beradik hubby jer). Kejam kan? Adakah patut burfday anak, seorang ibu tak dapat nak hadirkan diri…
Kejam lagi seorang suami sebab buat plan tak tanya dulu isteri dia free ke tak ke….. Zulfan, mama kirim camera, nanti amek2 gambar, mama tempek jer kat blog mama ni yaaa…. kiss skit, muuaaahhh!!
Simpan kek untuk mama yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….!
Video lama, baru terjumpa dalam facebook… Ini waktu aku pantangkan Ika… kecik lagi Zulfan waktu ni… sweet moment!
Masa tu dia dah ngantuk sangat²..bila nak tidur, ada plak kakak² dia (anak2 baby sitter) datang nak bawak dia main ke rumah diorang…
So bila dah letih main, balik umah tak nyempat2 nak lelap mata…











Hot Comments